Powered By Blogger

Saturday, April 28, 2012

den ponat

Assalamualaikum wbt.

Tetiba plak rasa cam nak update blog yg dah bersawang bagai nih. Niat asalnya, nak rilek2, golek2 atas katil jek....terusnya lena. hehehhe. Tapi xleh nak lena plak aihhh. Mangsa sunat dlm umah ni bising jek. Sat2 panggil ibuuu..!! ibu!!. Xboleh jauh sikit. haihhhh.

Yang bona nyo, den ponat ni haaa. Nak lelap mata kojap tapi xlena aihh. Ponat ngurus hal2 umah dan anok2 ajo. Apolae, ditamboh dengan anok buoh den yg 2 tu haa. Udoh namonyo laki2... kojonyo asyik nak makan ajo. huhuuuuuuuuu. Errr, apsal tetiba pelat nogori plak ni? Ecehh !

Okeh, actually, anak sulung saya, adam anaqi bersunat mlm jumaat tu haaa. Alhamdulillah, segala urusan di bilik surgery berjalan dengan baik. Adam anaqi pun xde lah menangis2... cuma memek muka je menunjukkan yg dia sakit, itu pun waktu inject ubat bius. Bila dah selesai semua hal... terus balik. 
Bila dah di rumah, barulah dia mula nangis. Nangisnya kerana sedih juga kerana sakit. Manja gilaaaaa.. Bleh plak warning adik xbg tdo sama ibu. Malam tu, ibu hanya utk dia. Kah kah kah---> errr ha ni aku bleh arr gelak. Tapii mlm tu, aku pun nangis sama. hik hik hik.

Pada asalnya, adam anaqi dah pesan xmo bg ibu yg cuci atau tgk 'bird' dia. Tapiiiiiiiiiiiiii... kalo bukan ibu, sapa. yg nak buatkan.? Adam anaqi menuntut janji seseorang utk menemani dia di waktu mcm gini. Tapi apakan daya.
Aku ni pun bukan jenis berani sangat. Tapi sbb dah terpaksa, kena gak la kuatkan lutut utk handle keadaan. Ouhhh.. akukan IB (ibu berdikari) kwangg kwangg kwangg. 
Nak mandi pun, ada caranya... Aku tempek je plastik dr pusat sampai ke lutut dia. Baru puas aku mandikan.
Kalo stakat nak lap2 aje... haihhh, aku pun rimas since cuaca panas manjang nih.

Bab makan xyah cakap la. Akuu layan macam org dlm pantang beranak. Hiihihi... makan ikan bakar ngan nasi lembik dan sedikit sup. Yang peliknya, bertambah2 dia makan nasi. Sat2 nak makan.. sat2 nak makan. Mungkin gak sbb dia bosan kut. 

Hellemek... mangsa sunat dok manggil2 plak dah. Nak milo ngan biskut katanya. Chow dululah..  ;)

nilah dia mangsa sunat.... adam anaqi. Rabbit..sentiasa ada. haihhh.


No comments:

Post a Comment